Fratello asal sebenarnya ditubuhkan oleh Roy Stevo setelah berbincang dengan Shaipul@Eka berkenaan penggabungan adik beradik di dalam band ini. Sebelum ini, Roy Stevo pernah menubuhkan band Tv Brain, namun setelah itu Roy Stevo menarik diri diikuti oleh Shaipul yang merupakan sahabat muzik bersama .Nama Rockabilly juga pernah digunakan oleh Roy Stevo bagi melabelkan muziknya kerana selepas Tv Brain dia dan Shaipul merancang untuk menggunakan nama Rockabilly, dan akhirnya kini Fratello merupakan nama yang mungkin membawa perubahan kepada kumpulan kerana barisan Fratello di terajui oleh:
- Roy Stevo - Guitar & Vox
- Shaipul Eka - Bass
- Radzi - Gitar
- Jeff - Dram
Radzi merupakan adik Shaipul dan Jeff pula merupakan adik kepada Roy Stevo. Hasil daripada penggabungan inilah nama "Fratello" tercetus yang membawa maksud Brother.
Muzik adalah seperti Tv Brain, dan influence utama adalah seperti The Spirals, The Living End,Superman Is dead, The Clash, The Coral, The Bravery, The Drive, Muse, Arctic Monkey, Rancid, Benuts, Pulp and Etc
P/S : Sori, blog kami belum siap sepenuhnya dan masih dalam pembinaan, anyway thanks sebab sudi berkunjung.-peace-